Monday, January 28, 2013

Pisau: 1 Perkongsian

Alkisah....


Pisau merupakan peralatan yang sering digunakan dalam kehidupan seharian oleh itu Pisau mempunyai pelbagai bentuk rupa dan size.Tukang besi akan menghasilkan mata dan hulu pisau mengikut tujuan pengunaan peralatan tersebut.Pisau juga boleh dikategorikan sebagai "kawan" untuk kegunaan seharian kita dan "lawan" andai digunakan sebagai senjata. Seni pisau merupakan salah 1 cabang pelajaran senjata yang wujud dalam silibus silat seni gayong.Seni Pisau adalah satu pelajaran Silat Seni Gayong yang termasuk dalam Seni Keris. Walaupun dari segi permainannya ada perbezaan dengan keris, tetapi sifat umum nya adalah hampir sama, iaitu senjata pendek dan tajam.Apabila bercakap tentang pelajaran ini, kebanyakkan Gurulatih akan bercakap tentang Buah Pisau ,kombet pisau dan Pentas Pisau.Boleh dikatakan bercakap berkenaan Silibus dan boleh dikatakan kebanyakkan pesilat sekarang hanya mencari silibus sahaja.


Silibus itu harus dicari kerana itu adalah "modal" mengajar apabila seorang pesilat menjadi Gurulatih. silibus pelajaran  mungkin berlainan bagi setiap negeri atau Guru, tetapi silibus yang di cari itu haruslah "Asli" iaitu tidak baru dicipta oleh gurulatih-gurlatih yang  memakai konsep ILHAM MENYUSUR ZAHIR SEMULA akan tetapi sudah lama ada di zaman arwah Dato' Mahaguru, Cikgu Majid, Pakngah Ezhar, Cikgu Nordin,Cikgu amin hamzah, Arwah Cikgu Mat Lazim, arwah Cikgu Razali, arwah Cikgu Siti dan lain-lain maka kemungkinan "tapak" dan "seni" itu tak jauh perbedaannya. Gurulatih haruslah seorang yang berpengetahuan, mahir dalam melakukan teknik, dan haruslah bagus dalam cara penyampaian ilmu kepada anak-anak didik dan adalah menjadi satu kemestian bagi setiap Gurulatih untuk melatih diri sendiri lebih banyak dari melatih muridnya.Tanpa latihan yang cukup, silibus hanya menjadi satu pelajaran yang hanya dihafal dan tidak boleh digunapakai sama sekali dalam pertempuran sebenar. setiap Gurulatih WAJIB mahir dan tahu yang mana asas dan yang mana applikasi . Petua-petua perlu diamalkan dan pesilat haruslah menjadi "ANAK CUCU CICIT ORANG TUA-TUA" dalam menuntut ilmu.  Bermain pisau juga tidak lari dari kecederaan, kerana situasi sebenar "kepekaan dan tindak balas" perlu dilatih untuk mengelak kebarangkalian kecederaan akibat serangan pisau, genggaman juga perlu dimahirkan untuk menangkap serangan dan "MENGENAL" (membaca gerak lawan) perlu diketahui oleh pesilat dan latihan free style sparing(pisau) haruslah dilakukan untuk tujuan kemahiran pesilat sendiri dan menjadi tanggungjawab seorng gurulatih melatih anak didik beliau sehingga mahir dan tanpa memilih "BULU". (^_^)

Menurut Guru-Guru lama yang saya temui ,Dato' mahaguru silat seni gayong merupakan seorang yang bijak dalam membentuk atau melahirkan pelajaran dan kaedah pembelajaran contohnya dalam seni pisau,  Kita akan dilatih atau didedahkan dengan asas  tikaman pisau dalam pelbagai bentuk dan kemudiannya gerakkan pisau (senaman pisau 1-21) sebagai pendedahan kaedah (menyerang mengunakan pisau ), kemudian kita akan dilatih "Elakkan pisau" bagi memahirkan kita mengelak atau menangkis serangan pisau dan ia merupakan teknik paling asas, akan tetapi dalam situasi sebenar,teknik-teknik asas ini "paling mujarab" dalam menghadapi tikaman-tikaman. pada pendapat saya, menangkis,mengelak serangan pisau dan menyerang balas adalah terbaik bagi saya kerana menangkap serangan musuh adalah sangat merbahaya  tanpa kemahiran yang mencukupi kita boleh terkorban dan inilah tujuan kita dilatih asas tikaman & elakkan pisau untuk memahami TAPAK dan SENI dalam pelajaran seni pisau,kedua-dua aspek itu wajib  difahami dengan memperbanyakkan latihan untuk "menghalusi" konsep tersebut sebelum kita mempelajari seni tangkapan dan kombet pisau.

saya berkongsi sedikit sebanyak pengetahuan saya dalam "seni pisau" di atas pengalaman sy yang jahil. sebagai anak gayong saya memohon agar semua cikgu-cikgu teguri saya andai apa yang saya berkongsi ini silap atau tersalah informasi. Andai panjang umur lagi saya akan berkongsi lagi informasi apa yang saya ketahui.. Akhir kata dari saya :

Ular menyusur akar tak akan hilang BISAnya, SAYANGI dan HORMATILAH guru-guru anda




No comments:

Post a Comment