Wednesday, January 16, 2013

NAGA KAYANGAN (UiTM PERLIS)


Assalamualaikum wbt...

Saya dengan sukacitanya mengucapkan tahniah kepada anak-anak Gayong UiTM PERLIS yang baru sahaja menunaikan kewajipan  mereka dengan penuh amanah dan bertangungjawab dalam AGM tempohari. Kepada yang terpilih, saya doakan dan mengharapkan agar Gayong UiTM PERLIS akan terus meningkatkan kualiti pembelajaran silibus Silat Seni Gayong, justeru itu memperbanyakkan lagi program-program yang membina sepanjang tahun 2013 ini. Nama gelaran untuk PSSGM UiTM PERLIS juga sebulat suara dipilih sebagai Naga Kayangan.

Saya sebagai penasihat PSSGM UiTM perlis dengan berbesar hati menjemput Tuan/Puan warga UiTM perlis, untuk menyertai latihan Silat Seni Gayong di Gelanggang Naga Kayangan pada setiap Jumaat malam 8.30 P.M dan Ahad  petang pada pukul 5.00 P.M. Sebarang pertanyaan tentang yuran pendaftaran boleh dirujuk pada Bendahari di facebook Naga Kayangan (PSSGM arau)


Insyallah pada semester kali ini lawatan pertama Naga Kayangan akan menziarah Naga Rantau (UMP Pahang).Semoga segala Urusan akan di permudahkan Allah swt.. amin....

No comments:

Post a Comment