Wednesday, December 9, 2015

HIMPUNAN PENDEKAR PENCAK SILAT NEGERI PERLIS

acara masal
 
acara bebas




Assalamualaikum w.b.t, Himpunan Pendekar Pencak Silat Negeri Perlis telah berlangsung pada 30/11/2015 di padang hoki UiTM Perlis. Pelbagai pertubuhan silat diserata negeri indera kayangan menyertai program yang dianjurkan oleh jabatan kebudayaan dan kesenian negeri Perlis malah turut di sertai oleh beberapa ahli jawatan kuasa tertinggi. Program ini bermula pada jam 3 petang dimana para pesilat bersiap sedia menyambut kedatangan tetamu istimewa. Acara seterusnya, pertandingan silat yang dipelopori golongan pendekar.
    Selain itu, dalam pertandingan ini pihak penganjur telah menetapkan beberapa syarat seperti mana pertandingan yang pernah anda saksikan sebelum ini. Sebagai contohnya, para pesilat dikehendaki mempamerkan persembahan mereka selama tiga minit. Kategori dalam pertandingan ini adalah masal dan gaya bebas seperti seni solo, ganda atau tempur.
     Pasukan kami telah memilih ganda dalam acara gaya bebas. Alhamdullilah, kemenangan yang dikurniakan kepada kami ini amat setimpal dengan setiap latihan yang telah kami jalani. Hal ini menyebabkan kami memperolehi kejayaan yg cemerlang dng menduduki tempat pertama atau johan bagi kedua-dua acara iaitu masal dan gaya bebas. Biarpun bumi indera kayangan dibasahi dengan air hujan, semangat pendekar tidak pernah pudar dalam jiwa pahlawan malah menunjukkan cintanya kami terhadap seni warisan lama ini,sekian terima kasih...

Tuesday, December 1, 2015