Thursday, September 19, 2013

Majlis pertabalan sandang kebesaran PSSGM Perlis 2013



Al-kisahhhh.. lama tak sebut.....

syukur kepada Allah swt berkat baginda Rasullullah s.aw pada 14 september 2013 pertubuhan silat seni gayong malaysia perlis (naga kayangan training centre)  telah menganjurkan MAJLIS PERTABALAN SANDANG KEBESARAN PSSGM PERLIS sempena 43 tahun gayong bertapak di bumi indera kayangan..


majlis ini yg ke-2 di buat dalam tempoh 43 tahun gayong bertapak di sini.. seramai 41 penerima sandang  terlibat pada malam itu.. lagi 2 orang je nak cukupkan 43.. akan tetapi pemilihan untuk penerima sandang ni bukan sekadar hanya nak penuhkan tempat kosong tapi haruslah layak dan bertangungjawab dalam membantu mengembangkan gayong.. bukannya untuk org syok sendiri, tunjuk hebat, bengkung melambung tapi tak mengajar,cakap kosong.. cukup lah sekadar 41 org yang di pilih ini... hehehe Perlis tidak mahu menerima Balachi mahupon pembodek untuk mentadbir gayong di sini..."THIS IS PERLIS LAND OF NAGA KAYANGAN"  biar tak terkenal di dunia tapi adat dan adab bergayong peninggalan RAHMAN SENDO tetap kita mewarisi dan pegang ikrar taat setia sehingga hujung nyawa... Taat setia pada guru harus di jaga, nasib guru teraniaya dan di hina harus di bela...












syukur alhamdulillah persiapan majlis ini di bantu oleh pesilat2 handalan dr pada sungai petani yg di pimpin oleh cikgu fairos yg "comel"..mereka banyak membantu decorate "tempat pertabalan" dan di pantau oleh cikgu nordin dan pakngah izhar sendiri.. rujukan protokol untuk majlis ini saya merujuk sendiri kepada cikgu sani morni.. pakngah izhar..  dan cikgu nordin. Penabalan majlis ini dilakukan oleh cikgu sazali, kerana pertabalan tidak melalui waris meor rahman umpama kain kosong yang tertlilit di badan sahaja....









majlis ini dimulakan dengan pertabalan sandang kerhormat MAHKOTA AGUNG SERI RELANG PELANGI kepada  Rektor UiTM Perlis iaitu Prof. Dato Dr Ahmad  Redzuan Hj. Abd Rahman dan di ikuti dengan pertabalan empat khalifah besar negeri perlis,2 waris beradat, 6 ketua beradat, 8 khalifah, 17 khalifah muda/ srikandi muda,3 sandang sandang kehormat..










majlis di meriahkan lagi dengan sedikit kombinasi demontrasi dari anak2 gayong cilik dari gelanggang sekitar perlis dan Naga Kayangan.....syukur kepada Allah swt majlis ini berjalan dengan lancar... andai ada cacat cela sepanjang majlis ini sy mohon maaf diatas kekhilafan saya...

*SUKA SUKI NAGA KAYANGAN
MAJLIS PERTABALAN SANDANG KEBESARAN PSSGM PERLIS











































































LAST SKALI TERIMA KASI ADIK MANIS JADI PAPARAZI.. :)