Monday, January 28, 2013

Pisau: 1 Perkongsian

Alkisah....


Pisau merupakan peralatan yang sering digunakan dalam kehidupan seharian oleh itu Pisau mempunyai pelbagai bentuk rupa dan size.Tukang besi akan menghasilkan mata dan hulu pisau mengikut tujuan pengunaan peralatan tersebut.Pisau juga boleh dikategorikan sebagai "kawan" untuk kegunaan seharian kita dan "lawan" andai digunakan sebagai senjata. Seni pisau merupakan salah 1 cabang pelajaran senjata yang wujud dalam silibus silat seni gayong.Seni Pisau adalah satu pelajaran Silat Seni Gayong yang termasuk dalam Seni Keris. Walaupun dari segi permainannya ada perbezaan dengan keris, tetapi sifat umum nya adalah hampir sama, iaitu senjata pendek dan tajam.Apabila bercakap tentang pelajaran ini, kebanyakkan Gurulatih akan bercakap tentang Buah Pisau ,kombet pisau dan Pentas Pisau.Boleh dikatakan bercakap berkenaan Silibus dan boleh dikatakan kebanyakkan pesilat sekarang hanya mencari silibus sahaja.


Silibus itu harus dicari kerana itu adalah "modal" mengajar apabila seorang pesilat menjadi Gurulatih. silibus pelajaran  mungkin berlainan bagi setiap negeri atau Guru, tetapi silibus yang di cari itu haruslah "Asli" iaitu tidak baru dicipta oleh gurulatih-gurlatih yang  memakai konsep ILHAM MENYUSUR ZAHIR SEMULA akan tetapi sudah lama ada di zaman arwah Dato' Mahaguru, Cikgu Majid, Pakngah Ezhar, Cikgu Nordin,Cikgu amin hamzah, Arwah Cikgu Mat Lazim, arwah Cikgu Razali, arwah Cikgu Siti dan lain-lain maka kemungkinan "tapak" dan "seni" itu tak jauh perbedaannya. Gurulatih haruslah seorang yang berpengetahuan, mahir dalam melakukan teknik, dan haruslah bagus dalam cara penyampaian ilmu kepada anak-anak didik dan adalah menjadi satu kemestian bagi setiap Gurulatih untuk melatih diri sendiri lebih banyak dari melatih muridnya.Tanpa latihan yang cukup, silibus hanya menjadi satu pelajaran yang hanya dihafal dan tidak boleh digunapakai sama sekali dalam pertempuran sebenar. setiap Gurulatih WAJIB mahir dan tahu yang mana asas dan yang mana applikasi . Petua-petua perlu diamalkan dan pesilat haruslah menjadi "ANAK CUCU CICIT ORANG TUA-TUA" dalam menuntut ilmu.  Bermain pisau juga tidak lari dari kecederaan, kerana situasi sebenar "kepekaan dan tindak balas" perlu dilatih untuk mengelak kebarangkalian kecederaan akibat serangan pisau, genggaman juga perlu dimahirkan untuk menangkap serangan dan "MENGENAL" (membaca gerak lawan) perlu diketahui oleh pesilat dan latihan free style sparing(pisau) haruslah dilakukan untuk tujuan kemahiran pesilat sendiri dan menjadi tanggungjawab seorng gurulatih melatih anak didik beliau sehingga mahir dan tanpa memilih "BULU". (^_^)

Menurut Guru-Guru lama yang saya temui ,Dato' mahaguru silat seni gayong merupakan seorang yang bijak dalam membentuk atau melahirkan pelajaran dan kaedah pembelajaran contohnya dalam seni pisau,  Kita akan dilatih atau didedahkan dengan asas  tikaman pisau dalam pelbagai bentuk dan kemudiannya gerakkan pisau (senaman pisau 1-21) sebagai pendedahan kaedah (menyerang mengunakan pisau ), kemudian kita akan dilatih "Elakkan pisau" bagi memahirkan kita mengelak atau menangkis serangan pisau dan ia merupakan teknik paling asas, akan tetapi dalam situasi sebenar,teknik-teknik asas ini "paling mujarab" dalam menghadapi tikaman-tikaman. pada pendapat saya, menangkis,mengelak serangan pisau dan menyerang balas adalah terbaik bagi saya kerana menangkap serangan musuh adalah sangat merbahaya  tanpa kemahiran yang mencukupi kita boleh terkorban dan inilah tujuan kita dilatih asas tikaman & elakkan pisau untuk memahami TAPAK dan SENI dalam pelajaran seni pisau,kedua-dua aspek itu wajib  difahami dengan memperbanyakkan latihan untuk "menghalusi" konsep tersebut sebelum kita mempelajari seni tangkapan dan kombet pisau.

saya berkongsi sedikit sebanyak pengetahuan saya dalam "seni pisau" di atas pengalaman sy yang jahil. sebagai anak gayong saya memohon agar semua cikgu-cikgu teguri saya andai apa yang saya berkongsi ini silap atau tersalah informasi. Andai panjang umur lagi saya akan berkongsi lagi informasi apa yang saya ketahui.. Akhir kata dari saya :

Ular menyusur akar tak akan hilang BISAnya, SAYANGI dan HORMATILAH guru-guru anda




Wednesday, January 16, 2013

NAGA KAYANGAN (UiTM PERLIS)


Assalamualaikum wbt...

Saya dengan sukacitanya mengucapkan tahniah kepada anak-anak Gayong UiTM PERLIS yang baru sahaja menunaikan kewajipan  mereka dengan penuh amanah dan bertangungjawab dalam AGM tempohari. Kepada yang terpilih, saya doakan dan mengharapkan agar Gayong UiTM PERLIS akan terus meningkatkan kualiti pembelajaran silibus Silat Seni Gayong, justeru itu memperbanyakkan lagi program-program yang membina sepanjang tahun 2013 ini. Nama gelaran untuk PSSGM UiTM PERLIS juga sebulat suara dipilih sebagai Naga Kayangan.

Saya sebagai penasihat PSSGM UiTM perlis dengan berbesar hati menjemput Tuan/Puan warga UiTM perlis, untuk menyertai latihan Silat Seni Gayong di Gelanggang Naga Kayangan pada setiap Jumaat malam 8.30 P.M dan Ahad  petang pada pukul 5.00 P.M. Sebarang pertanyaan tentang yuran pendaftaran boleh dirujuk pada Bendahari di facebook Naga Kayangan (PSSGM arau)


Insyallah pada semester kali ini lawatan pertama Naga Kayangan akan menziarah Naga Rantau (UMP Pahang).Semoga segala Urusan akan di permudahkan Allah swt.. amin....

Monday, January 7, 2013

Al-Kisah :Mesyuarat agong pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia kali ke-5

Al-kisah... 

       Pada tarikh keramat 6 januari 2013 maka hari yang di tunggu-tunggu selama ini pon tiba.... Maka ramailah Pendekar-pendekar,Sri kandi - sri kandi, Panglima-panglima PSSGM dari seluruh pelusuk tanah melayu yang diberi nama Malaysia berkumpulah untuk berentap di Hotel D'Palma Ampang Selangor untuk menentukan pemimpin PSSGM yang baru.....

          Maka bermulalah Mesyuarat agong pada jam 2.30 petang kalau tak silap hamba kerna hamba masuk lewat akibat terlajak makan di restoran nasi kandar pelita....Di mulakan dengan ucapan sepatah dua kata dari YDP PSSGM Dato' Adi wijaya sebelum meletakkan jawatan dan memububarkan Ahli Jawatan Kuasa PSSGM 2010-2012.....

          Dan bermulalah lantikan baru jawatan yang di tunggu-tunggu selama ini iaitu jawatan "Yang DiPertua PSSGM"...keputusan untuk jawatan ini Pendekar Dato' Adi wijaya menang tanpa bertanding kerana pencalonan ini dibuat oleh Pendekar negeri Hang Tuah iaitu Pendekar Dato' Ismail bin jantan dan di sokong sebulat suara oleh perwakilan yang hadir walaupun di buka pencalonan lain untuk bertanding akan tetapi tidak ada pendekar-pendekar lain mahu mencabar untuk YDP tersebut dan suara-suara berapi-api meletup berdentum ibarat guruh di langit selama ini di Facebook tidak suka akan kepimpinan Pendekar Dato Adi wijaya, tidak mengunakan peluang yang diberikan untuk mencalon Pendekar pilihan.maka sia-sia sajalah dentuman-dentuman selama ini,Itulah keputusan AGM PSSGM kali ini maka harap diterima oleh semua ahli-ahli PSSGM...


Maka dengan ini hamba menyenaraikan Ahli jawatan kuasa baru PSSGM:

Yang diPertua PSSGM-
Datuk Adiwijaya bin Abdullah
(Menang tanpa bertanding beb!!)

Timbalan Yang diPertua 1-
cikgu Mohd Faid Musa
(bangun angkat tangan macam YB woo..)

Timbalan Yang diPertua 2-
Datin Feridah bt Abu Johan

Naib Yang diPertua 1-
cikgu sazali b Dato Meor Rahman

Naib Yang diPertua 2
cikgu anuar abd hamid

Naib Yang diPertua 3-
cikgu rasul


BARISAN AJK 2012 - 2014
Ckgu Rahim Masrom
 (Pahang)
Cikgu Shahsuzanni Abu Bakar
 (Perlis)
Cikgu Tengku Aminudin
(N.9)
Cikgu Raja Zulkifli Raja Abu Bakar
 (Penang)
Ckgu Mat Isa Mustafa
(Kedah)
Cikgu Razani Hassan
 (Kelantan)
Cikgu Abd Aziz Hj Othman PJK
(Selangor)
Cikgu Mohd Nor Abdul Samad
 (Johor)
Mas Shariffah Mismat
 (Perak).
Cikgu Haji Sani Morni
(KL)



Gambar-gambar AGM :

Perwakilan negeri Perlis

CIkgu mus,Datin Faridah,CIkgu Anuar

Cikgu fauzi dok buat hensem padia entah hahaha


tiga jejaka hensem.. jaguh2 semua nih

perwakilan Hulu Selangor

Save gaza kata si pojie

cikgu Md Isa membaca doa

YDP PSSGM beri ucapan sebelum meletakkn jawatan dan merombak semula
ahli jawatan kuasa pusat untuk lantikkan baru


Anak Tok mail.. asy'ari

CIkgu Raof yang sempoi

Awek-awek cun Kuala Muda

Perwakilan pulau Pinang

Single but Not available 

Mak Ngah & pidaus jejaka kacak sungai rapat

Pak Ngah Ezhar
Guruku yang ku kasihi

Cikgu Faid
Timbalan Yang diPertua PSSGM yang baru

Cikgu ANuar senyum selepas selesai semuanya

Naga Chini & misai yang digeruni

Perwakilan Negeri kelantan

Hakim france,bapak saya & mak saya

Geng-geng otai nih

dua AJK kebangsaan borak ape Tak tahu le

Perwakilan Kuala Muda

Kipas Emas dan Panglima Pelangi Hitam

Cikgu Jamal dari dulu sampai sekarang nampak muda je

cikgu izudin (badin)


Peluk bahu ada makna tu haha

satu Ibu saya,satu lagi bonda saya..

senyum ada makna nih

Jejaka kacak sungai rapat pedot &amee

cikgu aziz senyum aje..

Maintain muda dan macho cikgu lee

perwakilan negeri sembilan,perlis,perak

Makngah nak bersilat aje


Orang kuat wasit Juri PSSGM



Perwakilan negeri Perlis 

cikgu rahim, cikgu ahmad hayazi dengan menantu

Macam tunku Abd rahman tak haha




KHTC bertemu dgn YDP tak da problem pon hehehe

Singa Malaya & Naga Chini

senyum ada manis hehe

Hakim France & Zul sawa

Naga Chini bertemu Singa Putih

cikgu aziz,abg zul.abg hakim ,saya

fifi &sepex

Ibu&bapa saya bersama YDP



candid abg raof haha
Jejaka paling kacak 2012!!