Friday, November 4, 2016

seni lembing

Al-kisahhhhh..... lama tak muncul di blog... di sebabkan kekangan masa dan waktu maka berhabuklah blog ini...... kursus intensif seni lembing anjuran akademi naga kayang telah dianjurkan pada 1-4 oktober 2016 bertempat di pusat latihan tertinggi pssgm negeri perlis.. kursus ini telah dipimpin oleh cikgu nordin abdul rahman selaku gurulatih tertinggi di dalam negeri perlis... terima kasih cikgu-cikgu dari perlis...kelantan...terengganu... kuala selangor... hulu selangor... kedah... sarawak... dan pahang.... kerana sudi menyertai kursus anjuran kami dan turut meraikan majlis kami... jasa-jasa anda semua hanya Allah swt sahaja mampu balas...

mari kita lihat aksi-aksi sepanjang kursus seni lembing anjuran akademi naga kayangan dengan kerjasama pertubuhan silat seni gayong bahagian negeri perlis

Gambar hiasan ketika kursus seni lembing di pusat latyihan tertinggi mata di buang atas faktor keselamatan
cikgu nordin menunjukkan cara orang dulu2 berjalan sambil bawak lembing haha cuba try kalau nak rasa katanya
cikgu-cikgu yang menyertai kursus semuanya sendo-sendo belaka
kuda-kuda hilang habis kena lanyak dengan cikgu nordin hahaha
saya berpasangan dgn cikgu nordin tunjuk kaedah tapak 4..kaki berstokin demam tak kebah-kebah lagi haha
cikgu nordin tunjuk antara kaedah elak makan musuh
sesi diskusi dan sejarah permainan seni lembing yang diterangkan secara terperinci oleh cikgu nordin
antara teknik elak makan musuh
big boss datang merasmikan majlis penutup kursus seni lembing
gambar kenangan terakhir peserta kursus..
gurulatih-gurulatih  dari selangor berposing selepas tamtnya kursus seni lembing

bercerita tentang seni lembing apa yang telah diceritakan oleh cikgu nordin permainan seni lembing silat seni gayong berkait rapat dengan permainan seni lembing megat terawih yang mana digambarkan oleh cikgu nordin orgnya tinggi lampai dan lebar  tegap dan sasa... jikalau beliau duduk bersila..sebatang tombak disembunyi dibawah kaki bersilanya... cerita yang lebih tepat atau lebih lanjut eloklah tuan-tuan semua rujuk kepada cikgu nordin kerana beliau lebih mengetahui lebih terperinci...
daun buluh 
Image result for mata tombak sireh
bujur sireh

ada yang mempersoalkan atau lebih kepada tertanya-tanya apakah perbezaan permainan lembing dan tombak... sepertimana kita tahu dari segi apa yang diceritakan lembing matanya daun buluh dan tombak lebih kepada lebar sireh.. begitu juga size ketinggiannya lembing hulunya sejengkal tinggi dari kepala atau paras kepala manakala tombak pula lebih rendah dari lembing dan ada yang mengatakan size panjang batang tombak itu sedepa tuan badan .perbezaan permainan lembing kepada offensive dan permainan tombak lebih kepada defensive..sejauh manakah kebenaran itu.. mungkin tuan-tuan semua lebih mengetahui akan kebenarannya kerana ramai yang bijak pandai di luar sana...
sedikit sebanyak sy berkongsi apa yang saya tahu sikit-sikit mengenai seni lembing.. maka dengan ini sehingga kita berjumpa lagi dalam penulisan "SENI LEMBING 2.0".. sekian terima kasih

WUJUDNYA NAGA KAYANGAN DEMI MEMBELA SAZALI SINGA MALAYA KESAYANGAN HATI MAHAGURU MEOR RAHMAN